Carian

Tuesday, October 12, 2010

VISI, MISI, DAN OBJEKTIF PPK PELANGAI

VISI

PPK PELANGAI SEBAGAI SEBUAH PPK YANG PROGRESIF DAN BERDAYA MAJU MENJELANG 2020.

MISI
 MENJADI DIANTARA LIMA (5) BUAH PPK YANG TERBAIK DI NEGERI PAHANG.

OBJEKTIF
MEMPERKUKUHKAN KERJASAMA DAN SOKONGAN AHLI-AHLI DAN KOMUNITI SETEMPAT SERTA MENCIPTA DINAMIKA KEMAJUAN BERSAMA PEMBANGUNAN AHLI.
 
SLOGAN
"BERGERAK MAJU BERSAMA PELADANG"   



Saturday, October 2, 2010

PPK pelangai

ANTARA PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN:-

Perniagaan bekalan ladang/ input pertanian
  • menjual pelbagai barangan bekalan /input pertanian seperti baja, racun rumpai,/serangga, benih pokok, peralatan keperluan ladang, baka ternakan terutama kambing Boer, Jamnapari, dan kambing Katcang, makanan ternakan serta keperluan ternakan.



    Projek ternakan kembangbiak baka kambing Boer
    • projek ini telah bermula pada Julai 2006 dan mempunyai 2  buah kandang berukuran 24' x 150' yang telah menempatkan sebanyak 400 ekor ternakan kambing Boer. Projek tersebut berkeluasan seluas 20 ekar dan terletak di Kg. Lembah Jaya, Simpang Pelangai.

                                     LADANG TERNAKAN KAMBING BOER







      Pemasaran
      • membeli dan menjual  BTS kelapa sawit serta koko kering daripada ahli-ahli peladang dan pekebun disekitar kawasan pengendalian.
      Projek Tanaman Kelapa Sawit
      • PPKP juga turut menjalankan projek tanaman kelapa sawit seluas 58.5 ekar serta memajak tanah ahli-ahli PPKP. Selain itu, PPKP bersedia untuk mengusahakan atau memajak tanah tanaman kelapa sawit.
      Kontrak Pembinaan, Pembekalan Dan Perkhidmatan
      • PPKP mempunyai lsen CIDB, lesen Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)  kelas F, dan lesen Kementerian Kewangan bagi menjalankan kerja-kerja kontrak pembinaan dan pembekalan serta perkhidmatan.
      Perkhidmatan Sewa Pengankutan
      • mempunyai sebuah lori 3tan untuk kerja-kerja pengankutan dan penghantaran serta boleh disewakan ahli-ahli dan juga bukan ahli.